Bagi membuat pertindihan Manik seperti Teknik mutiara berantai, manik bertindih, teknik beri dan sebagainya, manik kecil bulat lebih sesuai digunakan.

Sekiranya manik bersegi atau manik silinder yang digunakan, bulatan yang hendak dihasilkan tidak akan terjadi kerana manik silinder & manik bersegi membentuk lengkok di permukaan bulatan. Hasilnya bulatan mutiara, beri & mutiara berantai akan dilihat seperti kotak-kotak yang keras.

(more…)

  Dalam menjahit Manik supaya lebih kemas, peranan kedua-dua belah Tangan amat penting. In kerana satu tangan digunakan Untuk menjahit dan satu tangan lagi digunakan pula untuk menyokong manik supaya ia kemas dan kukuh.

Dengan kedua-dua pergerakan tangan yang saling membantu ini, tidak perlulah benang menjahit manik digunakan sehingga 4 lembar atau lebih. Ia memadai dengan 2 lembar sahaja.

(more…)

Manik 3D & Teknik Jahitan Manik Terkini

Tibanya tahun 2011, maka fesyen jahitan manik terkini turut berubah. Teknik jahitan manik terkini lebih tertumpu kepada teknik manik 3D, di mana ia seakan-akan natural atau hidup. Ini bermakna, ia tidak hanya melekat pada fabrik tetapi juga boleh tergantung di atas fabrik. Dan itulah uniknya jahitan manik terkini di mana bunga-bungaan atau elemen-elemen lain boleh bergerak-gerak di atas fabrik seperti mana bunga-bungaan semula jadi.

(more…)