Bertemakan Moghul, IFF telah menutup tirainya dengan pelbagai fesyen busana Muslimah yang diperagakan termasuklah fesyen terkini sulaman manik. Kaftan yang berbagai-bagai rekaan serta jubah Muslimah yang beraneka jenis potongan juga telah menjadi pencetus kepada rekaan fesyen terkini untuk tahun 2011.
Tag Archives: corak manik
Jika dahulu, corak sulaman manik hanya sedikit sahaja digunakan sebagai menghiasi busana. Namun, kini trendn corak sulaman manik berubah daripada jarang ditemui kepada penghias busana dengan lebih mewah. Tidak lagi hanya teknik manik jelujur, teknik manik iring atau teknik manik tabur yang dgunakan, tetapi kini serba-serbinya rekaan corak sulaman manik menjadi lebih mewah dan lebih bling bling!
Manik 3D & Teknik Jahitan Manik Terkini
Tibanya tahun 2011, maka fesyen jahitan manik terkini turut berubah. Teknik jahitan manik terkini lebih tertumpu kepada teknik manik 3D, di mana ia seakan-akan natural atau hidup. Ini bermakna, ia tidak hanya melekat pada fabrik tetapi juga boleh tergantung di atas fabrik. Dan itulah uniknya jahitan manik terkini di mana bunga-bungaan atau elemen-elemen lain boleh bergerak-gerak di atas fabrik seperti mana bunga-bungaan semula jadi.



