sulaman Manik jika dahulu hanya tertumpu pada hujung lengan baju dan sedikit sahaja di hujung labuh baju. Namun, kini fenomena itu telah menjadi trend penyeri sesuatu busana wanita. Sulaman Manik bukan sekadar untuk rekaan yang simple sahaja, malah ia telah menjadi rekaan yang pelbagai menghiasi busana wanita.
Sulaman Manik dan Jahitan Asas
Jika ia bermula dengan jahitan dan teknik asas, sulaman manik kini telah hampir berubah secara total dengan menggunakan bolder ros yang menjadi kegemaran peminat sulaman manik masa kini. Malahan setiap hasil rekaan manik akan ditambah nilai dengan kristal dan labuci yang berkilauan.
Trend Mempengaruhi Rekaan Sulaman Manik
Nyata di sini, trend semasa telah mempengaruhi teknik-teknik manik agar ia menjadi lebih kontemporari. Teknik manik yang menggunakan putik bunga-bungaan kecil telah memberikan satu fenomena baru dalam dunia sulaman manik.
Ini kerana pengaruh sulaman dari negara jiran telah mula mencernakan pereka fesyen tempatan dalam memperkembangkan rekaan sulaman mereka.
Perlu Kreativiti Dalam Setiap Rekaan Sulaman Manik Anda
Namun, walaupun pelbagai pengaruh luar yang diterima, poko pangkalnya sulaman manik ini memerlukan kreativiti dan kesabaran yang sangat tinggi dalam menghasilkannya.
Ini kerana, ia akan menggambarkan identiti penyulam tersebut dalam berkarya atau menghasilkan sesuatu corak sulamannya.
Zaman Telah Berubah, Fesyen Terus Berubah
Persoalannya, benarkah apabila zaman sudah berubah, fesyen turut akan berubah? Perlukah seseorang penyulam manik turut melakukan perubahan dalam hasil sulaman mereka?
Jawapan yang dapat saya berikan adalah Ya ataupun Tidak! Ini kerana setiap tempahan bergantung kepada kehendak pelanggan. Namun, tidak salah jika seseorang penyulam meningkatkan pengetahuan dalam bidang yang diceburi. Sama ada ingin mengkuti trend terkini ataupun tidak, kesemuanya bergantung kepada permintaan dan kehendak pelanggan anda.
Perlangkapkan Diri dengan Pelbagai Teknik Sulaman Manik
Biar apa pun yang anda lakukan ketika ini, dan biar apa pun tahap kemahiran dan kepakaran anda dalam menyulam manik, namun kreativiti merupakan pelengkap kepada peredaran fesyen.
Justeru, jangan takut untuk mencuba sesuatu dalam mereka corak sulam manik anda. Jika anda kebuntuan, maka jangan lupa singgah dan mendaftar bersama kami dalam Online Courses Mari Belajar Sulaman Manik.
Pelbagai teknik akan diajar dari asas hingga kepada teknik-teknik yang lebih canggih.
Ikhlas,
Syahida Ramli
Pengasas Butik dan Akademi Sulaman Sri Classic
Moderator Online Courses Sulaman Manik.
Tagged: akademi sulaman, baju manik, baju sulaman manik, belajar sulaman manik, bunga kristal manik, cara menjahit manik yang simple, corak manik di lengan baju, corak sulam manik, manik baju, rekaan manik, rekaan manik terkini, sulaman, Sulaman Manik, sulaman manik baju, sulaman manik baju pengantin, sulaman manik lengan baju, sulaman manik simple, teknik manik, teknik sulam, TREND MANIK KINI





