2011 memungkinkan jahitan manik digital menjadi impian setiap penyulam untuk menghasilkannya. manik digital mungkin janggal bagi mereka yang tidak mengikuti perkembangan fesyen manik. Tetapi ia menjadi fokus fesyen dari akhir tahun 2010 sehingga sekarang.
Rupa Jahitan Manik Digital
Bagaimana rupa jahitan manik digital ini dan bagaimana pengolahannya? Sebenarnya, dalam menjahit manik digital ini seseorang individu tersebut perlulah kreatif untuk menghasilkan manik ini. Pelbagai elemen perlu digunakan untuk menghasilkan jahitan manik digital. Penggunaan manik yang pelbagai bentuk, mutiara yang pelbagai saiz serta bentuk dapat menjadikan setiap rekaan manik digital ini nampak natural. Ini kerana sekiranya rekaan yang dibuat adalah seperti benar-benar hidup atau natural, itulah yang menjadi elemen penting bagi menghasilkan rekaan jahitan manik digital.
Menghasilkan Rekaan Jahitan Manik Digital
Malahan, susunan manik yang bertingkat-tingkat dan berdiri benar-benar dapat menghasilkan setiap rekaan itu hidup bagaikan ia benar-benar diletakkan di atas fabrik. Ini kerana , jahitan manik digital ini sangat memerlukan kreativiti individu dalam menghasilkannya. Jika tidak, ia nampak seperti kaku dan janggal jika dipertontonkan.
Imaginasi Dalam Mereka Jahitan Manik Digital
Memang benar, ia bergantung kepada imaginasi seseorang tetapi motif dan susunan dengannya perlu lengkap dalam menghasilkan jahitan manik digital ini. Oleh itu, adakah anda seorang yang mengikut perkembangan atau masih lagi di takuk yang lama? Tepuk dada dan tanya selera anda.
Namun, apa yang penting, setiap jahitan manik hanyalah aksesori tambahan pada pakaian yang boleh menggambarkan identiti atau personaliti anda.
Ikhlas,
Syahida Ramli,
Pengasas Butik Akademi Sulaman Sri Classic,
Moderator, Online Courses Sulaman Manik.
P/s : Jom pelajari dan kuasai sepenuhnya cara menjahit jahitan manik secara online bersama kami.
Tagged: cara menjahit manik 3d, jahitan, jahitan manik, jahitan manik dan mutiara, jahitan manik digital, koleksi manik digital terbaru, manik 3d, manik degital, manik digital, maribelajarsulamanmanik, rekaan digital, rekaan manik, rekaan manik terkini, sulaman digital, Sulaman Manik, SULAMAN MANIK 2011, Sulaman Manik berdiri, sulaman manik terkini 2011Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.





