Tempahan sulaman manik dan harga yang setimpal merupakan satu isu yang selalunya ditanya oleh ramai para peserta bengkel sulaman manik saya secara online mahupun secara offline. Secara amnya, tiada ketentuan yang khusus dalam menentukan harga tempahan manik anda. Namun, walaupun tiada ketentuan yang khusus, harga tempahan sulaman manik anda perlulah mengikut dan berpandukan beberapa perkara asas.
Tempahan Sulaman Manik Anda Setimpal atau Tidak?
Ini kerana kegagalan anda meletakkan harga tempahan manik yang setimpal dengan hasil kerja tangan dan kepakaran anda dalam menyulam manik, ia boleh mengakibatkan anda menaggung beban kerja atau beban tempahan sulaman manik yang banyak dan tidak berbaloi.
Namun, perlu juga diingatkan bahawa, jika anda meletakkan harga tempahan manik yang terlalu tinggi dan mahal, ia boleh mengakibatkan pelanggan anda mula melarikan diri daripada menempah manik dengan anda.
Berapa Harga Tempahan Sulaman Manik Yang Sewajarnya?
Ya! Bagi menentukan perkiraan harga tempahan manik yang tepat, anda perlu mengambil kira 3 faktor utama seperti.
- Kos Modal
- Jangka Masa Menyiapkan Sesuatu Tempahan
- Kos Material Tambahan
Jika anda berjaya memecahkan 3 faktor di atas kepada satu perkiraan yang baik mengikut kesesuaian dan pengalaman anda, maka sudah barang pasti isu sama ada harga tempahan manik yang dihasilkan anda tersebut adalah terlalu murah atau terlalu mahal, tidak akan timbul.
Ketahui Kaedah Menentukan Harga Tempahan Sulaman Manik dengan Betul
Justeru, jangan lupa mengikuti dan mengetahui kaedah menghitung perkiraan tempahan manik anda dengan lebih terperinci hanya bersama kami di Platform Online Courses Sulaman Manik.
Jumpa Lagi,
Ikhlas,
Syahida Ramli
Pengasas, Butik & Akademi Sulaman Sri Classic
Moderator, Online Courses Sulaman Manik





