Jahitan Manik Dengan Teknik Payolti Untuk Rekaan Manik Terkini

Tanpa disedari Jenis Corak Jahitan Sulam Manik Terbaru sudah mula membanjiri fesyen busana Muslimah tanahair.

Oleh yang demikian, sebagai penyulam manik, anda harus peka dengan situasi-situasi di atas, agar fesyen baju bermanik anda akan mempunyai peminatnya tersendiri. Ini kerana, hasil rekaan sulaman manik yang cantik dan tidak lapuk dek ditelan masa, pastinya akan digayakan oleh peminatnya sepanjang masa. Seperti mana kita menggayakan baju kurung begitulah sifatnya aneka rekaan bermanik yang menjadi minat di hati pelanggan dan penempah manik.

Jahitan manik juga dikenali sebagai untaian manik-manik dengan pelbagai teknik jahitan. Ia akan menghasilkan satu corak jahitan manik mengikut motif-motif tradisional ataupun motif kontemporari. Ini kerana secara tradisionalnya, jahitan manik ini sangat digemari oleh para bangsawan mahupun penduduk peribumi masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Hasil Rekaan Menggunakan Jahitan Manik Masyarakat Peribumi

Apabila melihat koleksi tradisional masyarakat tersebut, banyak rekaan aksesori yang dihasilkan menjadikan jahitan manik sebahagian daripada hasilnya. Cuma manik yang digunakan sedikit berlainan dan dihasilkan sepenuhnya menggunakan jahitan manik dengan teknik payolti.

Sukarkah Mempelajari Teknik Jahitan Manik Payolti

Mungkin ramai yang bertanya adakah jahitan manik dengan teknik payolti ini rumit ataupun sebaliknya. Sebenarnya jahitan manik yang menggunakan teknik ini tidaklah serumit seperti yang anda atau sesetengah individu fikirkan. Cumanya, untuk menghasilkan sesuatu rekaan ataupun hasil jahitan manik, ia mengambil masa yang lama berbanding dengan teknik-teknik jahitan manik pada fabrik.

Hasil Rekaan Jahitan Manik Dengan Teknik Ini Memberikan Hasil Eksklusif

Sebab itulah sekiranya sesuatu rekaan pada fabrik menggunakan teknik jahitan manik payolti ini, ia sedikit sebanyak akan menjadi lebih eksklusif kerana dimensi jahitannya lebih timbul dan bersifat 3D. Kerana itulah ia dapat memberi kelainan sepenuhnya dalam rekaan jahitan manik berbanding dengan jahitan-jahitan yang biasa dihasilkan pada busana dan sebagainya. Itulah uniknya jahitan manik payolti ini yang boleh dibanggakan apabila diberi nafas baru dan terkini.

Selamat mencuba.

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik Sulaman Sri Classic dan Akademi Sulaman Sri Classic

Belajar Sulaman Manik Bersama Kami

Jom Ketahui Teknik dan kaedah Yang Betul dalam menguasai sulaman manik terkini Bersama Kami!

Product Name: Jahitan Manik Dengan 511
Product Rating: 4.9
Summary: Jahitan Manik Dengan Teknik Payolti Untuk Rekaan Manik Terkini 511
Reviewed by: Nona
Price: $143
Tagged: Tags: motif sulaman manik, jahitan manik tradisional, teknik payolti, corak kerawang, manik, rekaan jahit manik, sulaman manik 2012, koleksi jahitan manik terkini, rekaan manik, cara jahit manik

33 thoughts on “Jahitan Manik Dengan Teknik Payolti Untuk Rekaan Manik Terkini

  1. “Thanks for sharing, this is a fantastic article.Really looking forward to read more. Really Great.”

Leave a Reply