Gabungan Pelbagai Teknik Sulaman dan Kerawang Dalam Rekaan Sulaman Manik

Sulaman manik 2011 semakin meriah kerana digabungkan dengan rekaan pelbagai teknik sulaman dan kerawang. Ia nampak lebih elegan dan mempunyai nilai-nilai tradisional yang menyerlahkan keperibadian seseorang pemakai dengan budaya ketimuran.

Gabungan Pelbagai Teknik Sulaman dan Kerawang Dalam Rekaan Sulaman Manik

Lantaran, penggabungan sulaman manik dengan pelbagai teknik sulaman lain, dapat menghasilkan sesuatu rekaan yang tidak lapuk ditelan zaman. Itulah uniknya sulaman manik ini jika ia ditampilkan dengan ciri-ciri tradisional yang lebih menampakkan keayuan si pemakai. Gabung jalin warna-warna pastel menjadi pilihan pereka fesyen dalam menggabungkan teknik sulaman manik dengan teknik sulaman lain serta kerawang. Ia nampak natural dan lebih melambangkan budaya ketimuran.

Sulaman Manik Dijahit Di Atas Biku Sulam

Kadang kala ia dihasilkan tanpa kerawang, dan hanya rekaan biku-biku kecil seperti batang dan sulur sudah memadai untuk digabungkan dengan rekaan sulaman manik. Teknik-teknik asas seperti tali air, jelujur dan juga iring menjadi pilihan dalam menghasilkan segenap rekaan sulaman manik yang telah digabungkan dengan teknik sulaman lain ini.

Mengupah Penyulam Lain Jika Anda Hanya Mahir Dengan Sulaman Manik

Selain dari itu, para penyulam sulaman manik ini tidak dapat menghasilkan sulaman manik seperti yang dinyatakan dengan alasan mereka tidak pandai menyulam. Mungkin di sini anda boleh mengupah individu yang tahu menyulam untuk menghasilkannya. Ini kerana ia dapat menjimatkan masa anda daripada terkial-kial dalam menghasilkan sulaman kerawang tersebut.

Dengan adanya trend sebegini, maka para penyulam sulaman kerawang juga mendapat impak yang sangat positif kerana sulaman manik dapat memberikan idea kepada individu tersebut dalam menambah nilai rekaan sulaman manik yang dihasilkan.

Selamat Mencuba!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Akademi Sulaman Sri Classic

Belajar Sulaman Manik Bersama Kami

Jom Ketahui Teknik dan kaedah Yang Betul dalam meguasai sulaman manik Bersama Kami!

Tagged: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply