Fesyen Terbaru Mewarnai Rekaan Jahitan Manik Terkini 2011

Tahun 2010 pasti hilang meninggalkan kita sama ada ia manis ataupun pahit biarlah ia pergi meniti hari dan begitu juga dengan hasil rekaan jahitan manik juga yang beransur bersama dengan rekaan design 2010. Pejam celik pejam celik, trend manik 2010 hampir meninggalkan kita dalam sedikit waktu lagi.

Rekaan Jahitan Manik Potongan Kaftan dan Jubah Wanita

Pada tahun 2011, rekacipta manik masih lagi hebat dengan bermacam potongan kaftan dan jubah muslimah yang menjadi kesukaan pereka fesyen untuk baju Muslimah. Akan tetapi, sedikit sebanyak ia masih mengekalkan sifat-sifat yang dulu iaitu hanya menggunakan manik panjang pendek. Rekaan jahitan manik seperti ini dijangka bakal diguna pakai oleh pereka fesyen. Malahan permintaan rekaan jahit manik seperti ini juga sudah mula mendapat tempat di hati penempah busana bermanik.

Rekaan Jahitan Manik Dihasilkan Secara Padat

Untuk pengetahuan anda, rekaan jahitan manik ini dibuat secara padat-padat agar ia nampak padat dan cantik. Penggunaan labuci yang bermacam rupa turut menyerlahkan lagi motif jahit manik untuk tahun 2011 yang membuka nota baru pada tahun hadapan tidak lama lagi. Sepadan dengan bulan baru dan tahun baru, ia pasti memberikan keyakinan kepada mereka yang memakai pakaian bermanik seperti ini.

Rekaan Jahitan Manik Lebih Tertumpu di Bahagian Dada dan Badan Busana

Sebagai permulaan, rekaan sulam manik ini diubah sedikit dengan tidak hanya mengelilingi leher setebal jarak 1 hingga 2 inci dan begitu juga dengan lengan tangan busana. Ini disebabkan ia banyak terfokus di bahagian dada dan badan baju. Malahan, lingkaran seperti biji buah kana yang ditambah dengan labuci yang bermacam bentuk serta saiz pasti mencantikkan lagi rekaan jahit manik tersebut.

Pastikan Rekaan Mengikut Peredaran Gaya Semasa

Apa-apa pun, satu-satu rekaan jahit manik yang dihasilkan sama ada oleh pereka rekaan mahupun penyulam biasa, anda perlu memastikan bahawa ia sepatutnya mengikut peredaran dan perubahan rekaan semasa. Bina identiti anda sendiri dalam berkarya menghasilkan rekaan sulam manik yang sangat eksklusif dan menarik. Ini kerana anda pastinya boleh menghasilkan rekaan terkini jahit manik 2011 mengikut kreativiti anda.

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Moderator, Mari Belajar Sulaman Manik

Tagged: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply