Faktor Mengapa Labuci Tidak Berapa Digemari Diguna Pakai Dalam Rekaan Manik

Dalam menjahit manik, kita akan mengenali tentang labuci. Labuci mempunyai Pelbagai rupa, bentuk dan saiz. Walaupun begitu, ramai di antara peminat-peminat manik ini tidak berapa menyukai labuci untuk digayakan pada pakaian mereka.

Labuci Tidak Gemar Digunakan Dalam Rekaan Manik

Hal ini kerana terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mereka tidak gemar menggunakan labuci dalam menjahit manik. Antara alasan yang selalu didengari adalah labuci ini mudah rosak dan tidak tahu bagaimana untuk menggayakan labuci atau mencuci baju berlabuci ini.

Trend Bungaan dan Rekaan Manik Crumble Membantu Penggunaan Labuci Kembali

Sebab itulah, labuci jarang menarik minat mereka untuk dikenakan dalam rekaan jahitan manik sehinggalah trend di mana penggunaan labuci digunakan untuk menghasilkan bunga-bungaan manik yang cantik muncul. Apatah lagi design-design Shemmering Flora dan juga Crumble Mumble turut banyak menggunakan labuci sebagai bahan asas dalam menjadikan individu yang minat menjahit manik turut menggunakan labuci tersebut dalam menghasilkan design manik terkini mereka. Jika tidak, pastinya design manik yang dihasilkan tidak akan cantik kerana menggunakan manik semata-mata.

Labuci Juga Sesuai Dalam Rekaan Manik 3D

Selain itu juga, jika anda ingin menggunakan teknik payoti untuk rekaan manik 3D, pastinya ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan juga memerlukan kreativiti dalam anda menguntai manik-manik kecil untuk dijadikan kelopak bunga yang bersusun. Oleh itu, elemen labuci digunakan dalam membantu mempercepatkan lagi masa ketika menghasilkan design yang terkini dan memenuhi cita rasa pelanggan yang inginkan design-design yang mewah.

Kesimpulannya, elemen labuci yang pelbagai bentuk dan corak inilah yang akan menyerikan lagi design manik terkini untuk rekaan busana-busana mewah.

Selamat mencuba.

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik Sulaman Sri Classic dan Akademi Sulaman Sri Classic

Belajar Sulaman Manik Bersama Kami

Jom Ketahui Teknik dan kaedah Yang Betul dalam menguasai sulaman manik Bersama Kami!

Tagged: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply